PAUSE, PRIORITY, PERGI..

Assalamualaikum sahabat,

Apa khabar iman kita harini? 

Soalan itu.. Cukup untuk menyentapkan hati insan yang bertanya ni. 

Khabar imanku.. Biarlah hanya aku sendiri yang tahu. Doakan yang baik2. Aku doakan kalian dikurniakan kekuatan iman dan dijauhkan daripada futur atau rasa lemah semangat. Aamiin insya Allah. :)


Adaptasi novel Aku Ada Wali


P/S: Sila baca entry kalini sambil layan lagu Cinta Sesungguhnya by Sabhi sadhi ft Marsha ok! (utk pembacaan yg lebih feel hehe)

Setiap dari kita.. mesti pernah rasa kan? suatu perasaan aneh yang tiba-tiba hadir menyelinap di sudut hati, tanpa pernah diduga . Iaitu perasaan cinta, tertarik dan suka kepada seseorang. Pernah kan? Tipulah siapa yang kata tak pernah tu..

Hakikatnya, perasaan tertarik pada lawan jenis juga adalah fitrah yang Allah bagi pada setiap diri yang bergelar manusia. Bukan sahaja manusia, malah jin pon ada perasaan tertarik dengan lawan jenis, ada yang tertarik dengan manusia lagi. (Huhu jangan memain.. Bacalah doa setiap kali masuk tandas ye.) 

"Jatuh cinta itu tak salah, ianya fitrah, berlazat2 dalam bercinta itu yang salah."

Dan korang sedar tak.. Once perasaan itu mula hadir dalam hati kita, it means.. Kita sedang diuji cinta. Ya, Allah sedang menguji hati dan iman kita. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk menempuh ujian yang halus ni. Kenapa halus?  Sebab kadang2 kita sendiri pon tak perasan bahawa perasaan inilah yang sedang memakan diri kita sendiri. Nauzubillah. 

Jadi harini saya nak share sikit tentang.. 

STRATEGI 3P APABILA DIUJI CINTA. 

1. PAUSE
Apa yang dimaksudkan dengan pause dalam konteks diuji cinta ni?

Berhenti layan perasaan tu. Kalau sebelum ni asyik teringat2 si dia sampaikan tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, sekarang tibalah masa untuk STOP kan semua tu. Urus balik fitrah ni dengan betul. Luahkan terus pada Allah, minta Allah bantu kita kawal fitrah ni agar ia tidak menjadi fitnah. 

2. PRIORITY
First thing first. 
Andai kita ni seorang student, fokus dan utamakan belajar dulu. Fokus untuk gembirakan mak ayah. Fokus untuk kejar cinta Allah dan rasul. Dan banyak je lagi benda yang kita perlu beri keutamaan, bukan hanya untuk nak layankan perasaan je. Tahan dulu perasaan tu. 

Utamakan yang utama. Jangan disebabkan sibuk nak bercinta, semua priority kita tu terabai dan dibiarkan sepi macam tu je. Kalau kita tak fikir pasal diri kita pon, atleast fikir lah mak ayah kita. Mak ayah kita sanggup berkorban banyak untuk kita kan, takkan kita nak berkorban sikit untuk mereka pon tak sanggup? Jadi.. fikir2 kan. Mana yang lebih utama.. 

3. PERGI.. 
Tibalah masanya untuk kita memulakan langkah.

Sama ada mulakan langkah menuju alam perkahwinan atau tinggalkan si dia.. Jika meninggalkan itu adalah lebih baik untuk hati dan diri kau, maka pergilah dikau untuk terus menjauh dari hidup dia (ceyh.. Ayat dia.. set2 macam orang tengah broken pulak haha =P) kalau perlu untuk elak dari kerap berjumpa dan berhubung dengan dia, elakkan.. Inilah masanya untuk kita mula bertindak dalam meletakkan makna cinta dengan betul dan sewajarnya. Inilah masanya untuk kita sekat dan bataskan fitrah ini dengan syariat agar tidak menjadi fitnah. Take an action!

-
PAUSE,  PRIORITY,  PERGI..

Buat pengetahuan anda semua, strategi 3P ini telah dikongsikan sendiri oleh ustazah fatimah syarha tau. Semoga bermanfaat =)

Kesimpulannya, usahakanlah untuk melengkapkan diri kita dengan kualiti, bukan dengan asyik nak berangan2, feeling2, jiwang2 je. Lagha tu lagha. huhu..Klu perlu tepis  dulu perasaan tu, tepislah. Serious hidup kau akan lebih tenang lepastu. 

Buat hawa.. 
saya perempuan, awak perempuan, saya pon pernah rasa apa yang awak rasa. Kita dua sama, cepat perasan. Perempuan dan perasan memang tak boleh dipisahkan. Hatta dengan sekecil2 perkara pon, cepat je hati tu berbunga2 kan :') Tatkala hati mula terusik a.k.a macam nak ter'perasan'tu, bersegeralah istighfar, dan kentalkan hati. 

Buat Adam, 
Tahanlah diri tu daripada melayan kami yang perempuan ni lebih2. Cukuplah bagi kami layanan yang sekadarnya sahaja agar tiada hati yang terusik, agar tiada iman yang berkurang. 

Jom sama2 kita mujahadah kentalkan hati agar tidak mudah cair dengan ajnabi. Sama2 kita menjaga. Kalau susah sangat, fikir je macamni, 

"Sesoleh mana pun dia, sesolehah mana pun dia, belum tentu dia jodoh aku."

Bagilah reason apa pon yang membuat kita tertarik pada dia, andai mmg bukan dia jodoh kita, tetap bukan dia. Jadi, buat apa nak simpan perasaan pada orang yang belum tentu jadi jodoh kita kan. Jangan buang masa layan perasaan yang sia2. Simpan hati tu hanya untuk yang halal.

Sebaiknya, serahkanlah cinta itu pada sang pemilik cinta, sesungguhnya Dia, Allah lebih berhak keatas cinta itu. 

"Seandainya cintamu itu dipacu untuk menuju kepada Allah, nescaya kamu tidak akan menderita dalam kekecewaan, meskipun dirimu sedang dikecewakan..

          -Ustazah Fatimah Syarha-  "





Comments

  1. Excellent information for me, Keep up the good writing.


    kindly visit us http://www.splashtacular.com/

    ReplyDelete
  2. Great post! Thanks for sharing this helpful information. Keep sharing:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAB TOWARDS PARENTS

ROLE PLAY: ADAB TOWARDS NEIGHBOUR AND SOCIETY

MY WISH