PAUSE, PRIORITY, PERGI..
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfi2xAgaWcdN3YZ9ne5eprFTnYeVuoJf7bHRsTH02EgMZO6k3_CA1CuZa5_sp9E6U5oysGrpi84UHKBrLeehhHK-0kudmIHXXbRuMNMUxm4ygU302pYde0DhhstY1veEaG2IhHf380SBI/w278-h400/aku+ada+wali.jpeg)
Assalamualaikum sahabat, Apa khabar iman kita harini? Soalan itu.. Cukup untuk menyentapkan hati insan yang bertanya ni. Khabar imanku.. Biarlah hanya aku sendiri yang tahu. Doakan yang baik2. Aku doakan kalian dikurniakan kekuatan iman dan dijauhkan daripada futur atau rasa lemah semangat. Aamiin insya Allah. :) Adaptasi novel Aku Ada Wali P/S: Sila baca entry kalini sambil layan lagu Cinta Sesungguhnya by Sabhi sadhi ft Marsha ok! (utk pembacaan yg lebih feel hehe) Setiap dari kita.. mesti pernah rasa kan? suatu perasaan aneh yang tiba-tiba hadir menyelinap di sudut hati, tanpa pernah diduga . Iaitu perasaan cinta, tertarik dan suka kepada seseorang. Pernah kan? Tipulah siapa yang kata tak pernah tu.. Hakikatnya, perasaan tertarik pada lawan jenis juga adalah fitrah yang Allah bagi pada setiap diri yang bergelar manusia. Bukan sahaja manusia, malah jin pon ada perasaan tertarik dengan lawan jenis, ada yang tertarik dengan manusia lagi. (Huhu jangan mema...